my life

.....Son of Kamarudin and Noraini.....
.....Younger brother to Norhisham, Norhilme, Nohasrun, Norhafiz .....
.....And brother to Noramirah and Nor Muhammad Asraf .....
.....Born in Taiping, stay in Sg. Petani .....
.....Has a relationship with Mazilah.....

Wednesday, November 10, 2010

BBQ bersama kawan2..........

Nampak mcm sikit, tapi byk....
 Pada 4 November, aku dgn kengkawan dh wat party BBQ, yg tak seberapa.....
Walaupun ringkas, tapi sempoi..
ini antara pic2 yg dapat aku snap...

Pak Lah sedang membakar....


Monday, November 8, 2010

My Favourite Songs...

 Ini adalah salah sebuah lagu kegemaranku, ianya menceritakan tentang seorang lelaki yang mencintai wanita dan menyintai wanita itu dimana jua...

 

Lirik Kau Yang Punya - Malique ft Najwa

Jangan kau bimbang sayang
di mana ku berada
dengan siapa ku bersama
jangan bimbang
ku tetap
kau yang punya

Bertukar pandangan, senyum
bersalaman ke sekadar berkawan
dan bila cinta dah mula berputik
ah, tak tidur malam
angan-angan jadi pasangan
dah menjadi kenyataan
yang nyatanya, telah banyak kita harung
adakalanya rasa bebas, kadangkala terkurung
kita pernah berpisah dan kembali
berpisah dan kembali
kembali kerna pengorbananmu kuhargai
hilang separa masa bersama keluarga
teman-teman huru-hara tiada lagi, tata, bye bye
tiada lagi huhu haha
jadi sebagai gantinya lagu ni kau yang punya
yang kau nyanyikan, aku nyanyi juga
tak sempurna, tapi ku kan tetap coba
dan janji-janjimu kujanji juga, yup
kini kau dalam duniaku macam hip hop

Kerjaku memang kejam
punca matamu tak boleh kejam
bermalam, bukan berjam
dimana? dengan siapa kubersama?
berpeluh, bertenaga dengan mic ku berasmara
yang lihat masih menjerit, si genit masih mengenyit
bungkusan dilontar sepuluh digit masih terselit
nah, tidak teruja, mungkin sudah tua
tiada lagi show, kemudian after party
tiada lagi party, kemudian hotel lobi
yang lain masih berpesta
biarkan saja mereka, mereka masih muda
aku ditelefon kalau tak disisimu
dan kalau dengar suara, itu tv atau lagu
jangan bimbang tiada siapa bersamaku
dan jangan bimbang kalau tiada yang berlaku
nope

Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya

Kuhanya punya kau
dan
hip hop

Kujuga bimbang sayang
di mana kau berada
dengan siapa kau bersama
jangan lupa
kau tetapku yang punya

Kawan Makan Kawan....

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

2 TAHUN BERSAMA....

Cinta berputik pada tanggal 6 September 2008....
Seperti biasa, sebagai manusia, gaduh2 ni sudah adat dlm berCINTA ni...
pejam celik, pejam celik, akhirnya begitu lama kami bersma...
Gambar ketika aku konvo ikmsp






bergambar ketika ke TAMAN RAMA-RAMA PULAU PINANG...











ketika  di BERJAYA TIMES SQUARE.....



MEMORIAL IN TAMAN RAMA-RAMA

MAJLIS PERKAHWINAN(NORHASRUN & NORANNISA) 24.10.2010

Majlis Tahlil diadakan sebelum kenduri...

Pengantin diarak dan diiringi oleh
keluarga pihak perempuan...


Pasangan mempelai diatas pelamin...

...Makan Beradab...

Bergambar dengan keluarga pihak lelaki dan perempuan

Dari kiri, Amyra, Pasangan Pengantin, Adik Mat, dan Aku..

MAJLIS PERNIKAHAN ABGKU (NORHASRUN & NORANNISA) 10.10.2010

 
Pada tanggal 10.10.2010, family aku telah menerima org baru b'coz abg aku (NORHASRUN) telah selamat diijibkabulkan dgn kakak ipar aku yg baru, NORANISSA AZHAR...

Majlis pernikahan beliau diadakan di Masjid Negeri Pulau Piang, pada pukul 4.45 petang...


Hanya sekali lafaz, abg aku sudah bergelar seorang suami..TAHNIAH..


Bersama pasangan beliau...